William Ewart
Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah
mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama
itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu
pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an
dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap
penjajahan.
Theodore Hertzel,
pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895),
"Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang
terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha
bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam
yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka
dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat
Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan
dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi
di Basel, Switzerland : 1897.
Arnold Toynbee menulis
dalam bukunya, Islam,
Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi
kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh
jadi akan bangkit.”
Samuel Zweimer,
Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di
sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan
negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara
Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam
agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak
untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada
agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya
dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan
aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di
dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang
bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas
jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada
agama Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang
selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak
mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas
serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila
mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya
menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi
memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan
perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik
cara.”
Fidel Castro, pemimpin
sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel
dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar
Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel
mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa
(dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan
menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam.
Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain
yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga
kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara
Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya
pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai
ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara
sosialis Israel.”
Callaghan, bekas PM
Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat
di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun
sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.
Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.
Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.
Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Jewish Cronical, majalah
Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam,
lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana
bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik Barat akan
memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan
seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan
universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan
terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”
Lawrence Brown, “pemimpin-pemimpin
kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen,
kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka
menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi
ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik
adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar
demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya
sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang
serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis
dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat
Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan
petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi
menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka,
kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya
dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi
Freemason, “kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya
menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram.
Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi
Imprealis, “arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan
ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu
tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx, pengasas ideologi
sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau
menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan
mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”
Miyen, seorang pemimpin
di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan
membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”
10 Rancangan Kuffar
Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem
pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan
Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak
Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa
nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan
kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum
Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa
Arab.
7) Dirikan negara
diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum
Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan
Barat.
9) Singkirkan
tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan
kembangkan pergaulan bebas.
Renungkanlah.
(sumber:gempak.com)
(sumber:gempak.com)
Untuk Download Artikel Klik Gambar
No comments:
Post a Comment