Akhir-akhir ini, di
kalangan para pemuda begitu lincah dan ringannya mulut mereka berkata bahwa
bermazhab itu bid’ah. Zaman Nabi Saw tidak ada mazhab. Karena itu kalau
bermazhab sama dengan taklid buta! Jelas, kata-kata yang demikian inilah yang
justru layak didebut taklid buta. Para pemuda ini telah mngikuti secara membabi
buta kepada ustaz-ustaz Wahabi. Bahkan ketika dijelaskan duduk perkaranya,
mereka tetap saja ngeyel tak mau mendengar penjelasan. Bila
dikatakan padanya bahwa Imam Nawawi dan Ibnu Hajar Al-Atsqolani pun bermazhab
kepada Imam Syafi’i, mereka tetap ngeyel. Mereka ini
benar-benar telah termakan oleh kata-katanya sendiri, taklid buta!!!
Ada yang bertanya:“Mengapa kita harus mengikut pada imam
madzab?”
jawab : Berikut ini penjelasan hujjatul islam Imam Nawawi
:
Bab Adab Berfatwa, Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa
Terjemahan
“Dan tidak boleh bagi
si awam itu bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada imam-imam di
kalangan para sahabat r.anhum dan selain daripada mereka daripada
generasi-generasi yang terawal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi
darjatnya berbanding dengan (ulama’) selepas mereka;
ini adalah kerena
mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang ilmu dan meletakkan
prinsip-prinsip asas dan furu’nya. Maka tidak ada bagi salah seorang daripada
mereka sebuah mazhab yang telah dihalusi, dianalisis dan diperakui.
Hanyasanya, (ulama’2)
yang datang selepas mereka yang merupakan pendokong mazhab para sahabat dan
tabien lah yang melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum berlakunya
perkara tersebut; yang bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas dan furu’
mereka seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka
berdua.”
[Kemudian Imam al-Nawawi menjelaskan kelebihan mazhab Imam
al-Syafi'i dari pandangan beliau dan dengan secara tersiratnya menerangkan
mengapa beliau bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie]
“Dan oleh kerana Imam
al-Syafi’i adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau
telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab
ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan
mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil
daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan
pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan
menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau
dalam pelbagai bidang ilmu.
Dan dengan perkara ini
beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas
beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini.
Maka dengan ini,
mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid
dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak
ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para
imam.
Hal ini, apabila
diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan
bermazhab dengannya.”
Sedikit Ulasan
* Mengikut mazhab yang empat pada hakikatnya mengikut mazhab
para sahabat dan tabien kerana ulama’ mazhab empat merupakan pendokong mazhab
para sahabat dan tabien yang mengikut sunnnah Rasulullah SAW.
* Terdapat beberapa Imam dalam mazhab al-Syafi’i yang
menerangkan sebab kenapa mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Syafi’i seperti
Imam al-Nawawi, Imam al-Bayhaqi dan Imam al-Suyuthi. Jelaslah mereka bermazhab
dengan mazhab Imam al-Syafi’i bukan kerana taqlid semata-mata.
* Kalau anda dapat cari sebab-sebab yang dikemukan oleh para
imam tersebut, Insya Allah, akan bertambah kuat pegangan anda dengan mazhab
yang muktabar seperti mazhab Imam al-Syafi’i
* Imam 4 madzab hidup di 3 zaman yang terbaik (sahabat – tabi’in
– tabiuttabi’in) mereka adalah murid dan anak murid terbaik dari sahabat
nabi).
* 4 imam inilah yang layak berijtihad (imam mujtahid),
sebagaimana pendpat imam ahmad ketika ditanya : berapa ratus
ribu hadits seorangt menjadi mujtahid. Beliau katakan : ia harus sekurang-kurangnya hafal
600 ribu hadits (dengan sanad dan maknanya, disamping ia harus
menguasai 15 cabang ilmu islam).
* Tidak semua imam hadits layak menjadi imam mujtahid.
Berdasarkan keterangan dalam kitab syarah arba’in nawawi disebutkan : ulama
disebut dengan hujjatul islam jika hafalan haditsnya diatas 300 ribu
hadits,disebut al hafidz jika hafal sekurang-kurangnya 100 ribu hadits.
Sedangkan kesepakatan ulama ahlusunnah : “Wajib mengikut imam mujtahid
jika ia belum sampai maqam mujtahid”
* Landasan hukum islam bukan hanya alqur’an dan
hadits tapi ijma dan qiyas juga termasuk. ulama menjabarkan 4 dasar hukum islam
ini menjadi 12 macam. Diantaranya adalah sunnah khurafaurasyidin dan kebiasaan
(amalan) ahlu madinah (zaman shahabat dan tabi’in). Imam 4 madzab tidak hanya
mengambil dalil dari hadits saja tapi juga mengambil dari kebiasaan
ahlumadinah (amalan ulama zaman tabi’in yang berguru langsung dengan shahabat).
Semoga kita diberi kekuatan dan kefahaman
untuk mengikuti amalan mereka (imam 4 madzhab ahlusunnah).
wallahu a’lam.
Untuk Download Artikel Klik Gambar
No comments:
Post a Comment