Kidung subuh sang merpati hutan, haru sendu membirukan
Air mataku membangunkan lelapnya, tidurku pun tergugah tangisnya
Tak saling kami mengerti, tatkala saling mengeluhkan
Tetapi ku tahu duka hatinya dan dukaku pun telah dipahaminya
Syah Naqsyband q.s. adalah Samudra Ilmu yang tak bertepi. Ombaknya dianyam oleh
mutiara Ilmu Ilahi. Beliau menjernihkan kemanusiaan dengan Samudra Kemurnian
dan Kesalehan. Beliau melepaskan dahaga jiwa dengan air yang berasal dari
dukungan spiritualnya. Seisi dunia, termasuk samudra dan benua, berada dalam
genggamannya. Beliau adalah bintang yang berhiaskan Mahkota Petunjuk.
Beliau mensucikan
seluruh jiwa manusia tanpa kecuali dengan nafas sucinya. Beliau menghiasi
bahkan setiap sudut yang sulit terjangkau dengan rahasia dari Muhammadun
Rasulullah saw.. Cahayanya menembus setiap lapisan ketidakpedulian.
Keluarbiasaannya melahirkan bukti terhempasnya asa tertepis dari keraguan hati
kemanusiaan. Keajaibannya yang penuh kekuatan membawa kehidupan kembali ke
dalam hati setelah kematiannya dan menyiapkan jiwa-jiwa dengan perbekalan
mereka bagi kehidupan spiritual di masa mendatang.
Beliau terpelihara di
Maqam Busur Perantara tatkala beliau masih dalam buaian. Beliau menghisap
nektar ilmu ghaib secara terus-menerus dari Cangkir Makrifat (Realitas). Jika
Muhammad saw. bukanlah Rasul yang terakhir, mungkin beliau akan menjadi Rasul.
Segala Puji bagi Allah swt. yang telah mengirimkan seorang mujaddid (yang
menghidupkan agama Islam). Beliau mengangkat hati manusia, menyebabkan mereka
mengangkasa ke langit spiritual. Beliau membuat raja-raja berdiri di pintunya.
Beliau menyebarkan petunjuknya dari Utara hingga Selatan, dan dari Timur hingga
ke Barat. Beliau tidak meninggalkan seorang pun tanpa dukungan surgawi, termasuk
binatang-binatang liar di rimba raya. Beliau adalah Ghawts teragung, Busur
Perantara, Sultannya para Awliya, Kalung bagi seluruh mutiara spiritual yang
dipersembahkan di alam semesta ini oleh Hadirat Ilahi. Dengan cahaya
petunjuknya, Allah swt. membuat yang baik menjadi yang terbaik, dan mengubah
yang jahat menjadi baik.
Beliau adalah Guru dari
tarekat ini dan syekh dari Mata Rantai Emas serta merupakan pembawa alur
Khwajagan yang terbaik.
Beliau dilahirkan di
bulan Muharram pada tahun 717 H/1317 M, di desa Qasr al-`Arifan, dekat Bukhara.
Allah swt. menganugerahkannya kekuatan-kekuatan ajaib di masa kecilnya. Beliau
telah diajari rahasia tarekat ini oleh guru pertamanya, Sayyid Muhammad Baba
As-Samasi q.s. Kemudian beliau diberikan rahasia dan kemampuan dari tarekat ini
oleh Syaikhnya, Sayyid Amir al-Kulal q.s. Beliau juga merupakan Uwaysi dalam
hubungannya dengan Rasulullah saw., karena beliau dibesarkan dalam hadirat
spiritual Abdul Khaliq al-Ghujdawani q.s., yang telah mendahuluinya selama 200
tahun.
Muhammad Bahauddin Uways
al-Bukhari dikenali sebagai Shah Naqshband, Imam Tariqat Naqshbandi yang tiada
tandingannya. Dilahirkan pada tahun 1317 masihi di sebuah kampung yang bernama
Qasr al-Arifin terletak dekat dengan Bukhara. Dalam usia muda 18 tahun beliau
telah mahir dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang 'Ilmu Shariah.
Seterusnya beliau sentiasa bersama Shaykh Muhammad Baba as-Samasi, yang
merupakan Imam al-Muhaddithin (ilmu hadith) di Asia Tengah pada zaman itu.
Selepas kemangkatan beliau, Shah Naqshband bersama pula dengan Shaykh Amir
Kulal. Shaykh Amir Kulal meneruskan dan menyempurnakan pendidikan Shah
Naqshband didalam 'Ilmu al-Quran dan 'Ilmu adz-dzikr yang diwarisinya daripada
Nabi Muhammad (s.a.w), Abu Bakr as-Siddiq, Salman al-Farisi sehinggalah ke
zamannya.
Anak-anak murid Shaykh
Amir Kulal biasa berdzikir dengan suara yang kuat semasa berdzikir
beramai-ramai. Apabila berseorangan mereka berdzikir secara senyap. Shah
Naqshband pernah berkata,
"Ada dua kaedah
berdzikir iaitu yang kuat dan yang senyap. Saya memilih yang senyap kerana ia
mempunyai kesan yang lebih mendalam." Kerana inilah, kaedah dzikir secara
senyap merupakan ciri yang khusus bagi Tariqat Naqshbandiyya yang membezakannya
daripada lain-lain tariqat. Walaupun Abu Bakr as-Siddiq dan Shah Naqshband
memilih dan cenderung kepada kaedah dzikir secara senyap, mereka tidak pernah
mengkritik kaedah dzikir secara kuat.
Shah Naqshband telah
menunaikan fardhu haji sebanyak 3 kali. Selepas itu beliau menetap di Merv dan
Bukhara. Di penghujung hidupnya dia kembali ke tempat kelahirannya, kota Qasr
al-Arifin. Ajarannya menjadi buah mulut orang ramai dan dan namanya meniti dari
bibir ke bibir. Pelawat daripada jauh datang untuk menziarahi dan belajar dan
mendapatkan nasihat daripada beliau. Murid-muridnya menimba ilmu didalam
madrasah dan masjid yang dapat memuatkan 5000 orang dalam satu-satu masa yang
dibina oleh beliau. Madrasah ini merupakan pusat pengajian Islam yang terbesar
di Asia Tengah. Bangunan ini terus berdiri tegak hingga sekarang walaupun telah
melalui zaman pemerintahan Komunis selama 70 tahun. Sekarang kerajaan tempatan
mula memperbaiki dan menjaga bangunan tersebut.
Ajaran Shah Naqshband
telah memberi cahaya kedalam hati-hati murid-muridnya yang selama ini berada di
dalam kegelapan. Beliau mengajar anak muridnya mengenai Keesaan Allah yang mana
bidang ini menjadi bidang kepakaran Imam-imam Tariqat ini yang datang sebelum
beliau. Beliau menekankan kepada anak muridnya tentang peri pentingnya untuk
merealisasikan maqam al-Ihsan berdasarkan kepada hadith Rasulullah (s.a.w),
"Ihsan ialah menyembah Allah seperti kita dapat melihatNya..."
Semasa beliau sakit di
saat-saat penghujung hidupnya, beliau mengunci dirinya didalam sebuah bilik.
Murid-muridnya datang menziarahi beliau tanpa henti-hentinya dan beliau memberi
kepada mereka apa yang mereka perlukan. Pada satu ketika beliau telah menyuruh
anak-anak muridnya membaca surah Yaasin. Setelah mereka selesai membacanya,
beliau mengangkat tangan dan terus berdoa.Seterusnya beliau mengangkat jarinya
sambil membaca kalimah syahadah. Setelah selesai membaca kalimah tersebut, ruh
beliau pergi meninggalkan jasad untuk kembali ke hadrat ilahi,pada malam Isnin
tahun 1388 masihi. Beliau dikebumikan didalam tamannya, seperti yang beliau
wasiatkan. Raja-raja yang memerintah Bukahara selepas itu, menjaga serta
membesarkan madrasah dan masjid yang telah beliau bina dan menambahkan jumlah
wang waqaf bagi pemeliharaan dan kegunaan madrasah tersebut.
Shaykh-shaykh Tariqat
Naqshbandi yang datang selepas Shah Naqshband telah banyak menulis tentang
riwayat hidup beliau. Antaranya ialah Masoud al-Bukhari dan Sharif al-Jurjani
yang menulis Risala Bahaiyya yang menerangkan secara terperinci mengenai
kehidupan dan ajaran serta fatwa-fatwa yang telah di keluarkan oleh Shah
Naqshband. Shaykh Muhammad Parsa yang meniggal di Madinah pada tahun 1419
menulis Risala Qudsiyya. Karya ini menceritakan mengenai kelebihan dan
kesolehan serta ajaran-ajaran Shah Naqshband.
Banyak karya-karya yang
telah ditinggalkan oleh Shah Naqsband untuk generasi selepas beliau. Antaranya
termasuklah, al-Awrad al-Bahaiyya, Amalan-amalan Shah Naqshband, Tanbih
al-Ghafilin Maslakul Anwar dan Hadiyyatus Salikin wa Tuhfat at-Talibeen. Dia
juga telah menulis puji-pujian buat Rasulullah (s.a.w) dan mengeluarkan banyak
fatwa pada zamannya. Antara pendapat beliau ialah, kesemua amalan dan kaedah
penyembahan, samaada yang wajib ataupaun yang sunat, adalah dibenarkan untuk
dilakukan bagi mencari dan mencapai haqiqat. Solat, puasa, zakat dan
sedekah,berdzikir dan mnyebut nama-nama Allah, memerangi nafsu
(mujahadatunnafs)dan kehidupan zuhud, merupakan kaedah-kaedah yang diutamakan
agar seseorang murid itu, dapat sampai ke hadrat Ilahi. (Lihat 11 rukun Tariqat
Nashbandi).
[Image] Shaykh Nazim
al-Haqqani, Pemimpin Tariqat Naqshbandi pada masa ini, semasa menziarahi makam
Shah Naqsband. Mufti Uzbekistan sedang memberi beliau segelas air daripada
telaga air Shah Naqshband.
Shah Naqshband telah
membina madrasah beliau untuk memperbaharui dan mengembalikan obor Islam bagi
ummat Islam dizamannya untuk menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup mereka.
Beliau menekankan tentang pentingnya berpegang teguh kepada Al-Quran dan
As-sunnah Rasulullah (s.a.w). Anak muridnya pernah bertanya kepada beliau,
"Apakah yang kami
perlukan untuk mengikuti jalan Tuan?" Beliau menjawab, "Mematuhi dan
menghayati jalan dan cara hidup Rasulullah (s.a.w) dengan penuh
kecintaan."
Beliau menyambung lagi,
"Jalan kita merupakan jalan yang jarang ditemui, kerana ia berpegang
kepada Al-Urwatul Wuthqa, iaitu ikatan yang tidak boleh diputuskan. Jalan
ini,tariqat ini hanya menghendaki pengikutnya, memegang pada jalan yang telah
dilalui oleh Rasulullah (s.a.w) - jalan yang suci lagi terpelihara - dan jalan
yang dilalui oleh pengikut dan para sahabat baginda (s.a.w) di dalam perjuangan
kita untuk menuju ke hadrat ilahi - mengenal hakihat ketuhanan."
Kehidupan Shah Naqshband
amatlah zuhud. Beliau amat mementingkan kehalalan makan yang beliau makan.
Beliau memakan roti daripada barli yang beliau tanam dan tuai sendiri. Beliau
amat mencintai para fakir miskin dan selalu memasak dan melayan mereka serta
menziarahi mereka apabila mereka sakit. Sebenarnya beliau seorang yang kaya dan
suka membelanjakan hartanya semata-mata pada jalan Allah, bukan untuk diri atau
keluarga. Sifat beliau yang pemurah itulah yang menyebabkan beliau amat
dicintai dan sifat kedermawanannya sentiasa menjadi buah mulut orang ramai.
Shah Naqsband pernah
berkata:
"Tariqat Naqshbandi
ini, merupakan jalan yang paling mudah dan senang bagi seorang murid untuk
memahami tentang Tauhid.Ia bebas daripada bida'ah ataupun sebarang peyimpangan
dan perbuatan yang ekstrim (shaathiyyat) ataupun tarian dan sebutan yang sukar
untuk difahami (sama'a). Ia tidak meminta muridnya untuk sentiasa berlapar ataupun
berjaga sepanjang malam.Oleh kerana sifat-sifat inilah, Tariqat Naqshbandiyya
tetap bebas daripada mereka yang jahil ataupun penipuan (mushawazeen).
Kesimpulannya, kita pula mengatakan bahawa tariqat kita ini merupakan ibu bagi
tariqat-tariqat lain dan penjaga amanah kerohanian. Jalan ini adalah jalan yang
paling selamat, berhikmah, dan jelas. Ia umpama telaga air yang daripadanya
dapat diminum air yang suci dan amat bersih. Sehingga kini Tariqat
Naqshbandiyya bebas daripada ancaman ataupun serangan daripada mana-mana pihak
keran ia berpegang teguh pada As-sunnah Rasulullah (s.a.w)- jalan yang
terpelihara lagi diredhai.
Untuk Download Artikel Klik Gambar
No comments:
Post a Comment