Raja Muda Aw

My Photo
Banda Aceh, Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia
Semoga Umue Yang mantong Na Menjadi Berkah Ta pergunakan Dalam Rangka Ibadah Kepada Allah, Pat mantong tanyoe berada, pajan Mantong dan walau dalam keadaan bagai mana pun. Semoga Allah Yang selalu menjadi penolong geutanyoe Ureung Beriman. Amin..
Berita Terbaru :

Sunday 14 July 2013

Kisah Mimpi Imam Syafi'i Rahimahullahu Ta'ala

Kucintakan para salihin tapi bukanlah aku kalangan mereka
Moga dengan mereka kudapatkan syafaatnya
Kubencikan para pelaku maksiat durhaka
Walaupun perlakuanku sama seperti mereka


Syaikh Abdul Hamid Kishk, ulama buta lulusan usuluddin dari al-Azhar asy-Syarif. Beliau telah hafal kitab suci al-Quran pada usia 8 tahun. Terkenal sebagai seorang da`i dan khatib yang berani dan lantang menyeru kepada kebenaran. Kelantangannya mengkritik pemerintah menyebabkan beliau pernah beberapa kali dimasukkan ke penjara. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang terletak berhampiran dengan Iskandariah bernama Shibrakheet dalam tahun 1933. Pada hari Jumaat, 26 Rajab 1417 (6 Disember 1996) sewaktu memperingati peristiwa Isra` & Mi'raj, dalam sholat ketika bersujud pahlawan mimbar ini diambil kembali ke rahmatUllah. .... Allahu ... Allah. Beliau meninggalkan ribuan rakaman ceramah dan khutbah yang mampu menggegarkan jiwa pendengarnya serta karangan kecil dan besar kira-kira 115 buah. Moga rahmat Allah sentiasa mencucuri ke atasnya ... al-Fatihah.

Di sini aku hendak menukilkan satu kisah yang disampaikan dalam salah satu khutbahnya berhubung Imam kita asy-Syafi`i r.a. Dalam himpunan khutbahnya yang diberi jodol "Huna Madrasatu Muhammad s.a.w.", halaman 48 beliau menulis:


"Imam asy-Syafi`i r.a. berkata: "Aku telah bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Wahai Syafi`i, adakah engkau tahu siapa aku?" Lalu jawabku: "Aku daripadamu dan engkau daripadaku, Ya RasulAllah." Maka Junjungan Rasulullah s.a.w. pun meletakkan mulut baginda ke mulutku sehingga bercampur air ludahku dengan air ludah baginda, lalu aku mengetahui ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu keilmuan yang luas). Ketika gementar aku, baginda meletakkan tangannya ke dadaku lalu tenanglah zahirku dan terpancarlah ilmu dari batinku."

Ya, Imam asy-Syafi`i menyatakan bahawa dirinya adalah daripada Junjungan Nabi s.a.w. adalah kerana beliau mempunyai nasab kepada Hasyim bin 'Abdu Manaf, nenda Junjungan Nabi s.a.w. Ibunya pula bernasab kepada Sayyidah Fathimah az-Zahra` r.'anha, manakala isterinya, Sayyidah Hamiidah, adalah dari nasab Sayyidina 'Utsman bin 'Affan r.a.

Sungguh pun demikian kemuliaan yang dimilikinya, namun pernah satu ketika tatkala bersama muridnya Imam Ahmad bin Hanbal, Imam asy-Syafi'i melantunkan syair berikut:-

Kucintakan para salihin tapi bukanlah aku kalangan mereka
Moga dengan mereka kudapatkan syafaatnya
Kubencikan para pelaku maksiat durhaka
Walaupun perlakuanku sama seperti mereka


Mendengar syair gurunya, Imam Ahmad membalas balik dengan penuh adab ketinggian dengan katanya kepada Imam asy-Syafi`i: Ya Sayyidi,

Kau cintai para salihin dan engkau dari kalangan mereka
Akan terhasil segala syafaat dengan kalian semua
Dan kebencianmu kepada pelaku maksiat durhaka
Moga Allah memelihara dirimu dari kejahatan mereka

Allahu ..Allah, begitulah sikap tawadhu` yang ditunjukkan oleh Imam kita asy-Syafi`i. Walaupun berada di puncak keilmuan dan kesholehan, tetap tidak mengaku punya apa-apa maqam di sisi Allah s.w.t. Sentiasa merasakan dirinya hina dan masih bermaksiat kepada Allah. Benarlah perkataan sebahagian:


Punca keberuntungannya para ulama adalah tawadhu.


Allahu ...Allah, bukan saja ulama, umat semuanya disuruh bersikap tawadhu`. Tidak membesarkan diri, walaupun menyandang berbagai predikat. Jika umat biasa dikehendaki untuk tawadhu`, maka apatah lagi para pemuka umat. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-


Sesiapa yang bersikap tawadhu, Allah akan mengangkatkannya; Dan sesiapa yang sombong membesarkan dirinya, Allah akan merendahkannya.
Maka dari itu telah berkata sebahagian hukama:-


Tawadhu` adalah tangga untuk mencapai kemuliaan.



Untuk Download Artikel Klik Gambar

Thursday 11 July 2013

12 Langkah Mempercepat Mozilla Firefox

Cara Mempercepat Kinerja Mozilla Firefox (100% Work)

Cara Mempercepat Mozilla. Kali ini Saya akan memberikan trik cara mempercepat mozilla firefox agar tidak lemot, sering hang, sering eror, dan membuat mozilla firefox lebih cepat. Tepatnya sesuai judul di atas 12 Langkah Mempercepat Mozilla Firefox. Silahkan anda simak dan praktekan langsung kemudian rasakan perbedaannya. Mozilla Firefox merupakan salah satu browser terbaik, namun memiliki kekurangan yaitu memerlukan PC dengan spesifikasi tinggi agar bekerja dengan baik. Bukan berarti di PC low Mozilla tidak dapat bekerja, hanya saja sangat mudah untuk crash/error/not responding yang sangat menjengkelkan.

12 Langkah Mempercepat Mozilla Firefox

Berikut 12 Langkah Mempercepat Mozilla Firefox yang bisa anda terapkan langsung. Harap teliti jangan sampai salah isi.

Untuk Download Artikel Klik Gambar

Wednesday 10 July 2013

Bab. Puasa (Sumber. Kitab Safinatun Najah)

(BAB VI)
“Penjelasan Tentang Puasa”

(Fasal Satu)
Puasa Ramadhan diwajibkan dengan salah satu ketentuan-ketentuan berikut ini:
1. Dengan mencukupkan bulan sya’ban 30 hari.
2. Dengan melihat bulan, bagi yang melihatnya sendiri.
3. Dengan melihat bulan yang disaksikan oleh seorang yang adil di muka hakim.
4. Dengan Kabar dari seseorang yang adil riwayatnya juga dipercaya kebenarannya, baik yang mendengar kabar tersebut membenarkan ataupun tidak, atau tidak dipercaya akan tetapi orang yang mendengar membenarkannya.
5. Dengan beijtihad masuknya bulan Ramadhan bagi orang yang meragukan dengan hal tersebut.


(Fasal Kedua)


Untuk Download Artikel Klik Gambar

Marhaban Ya Ramadhan Agung


Semoga dapat kita Raih Keampunan, Rahmah, Dan Tebusan dari Api Nerakan serta menjadikan kita sebagai orang-orang yang taqwa sebagai mana yang telah Allah janjikan. Pergunakanlah kesempatan emas ini dengan baik..

Untuk Download Artikel Klik Gambar